Menu

Selawat Al Fateh




https://teratakemas.com/2020/07/20/selawat-fatih-permata-yaqut-yang-sangat-berharga/ 


http://nurisaomar.blogspot.com/2016/09/fadhilat-dan-kelebihan-amalan-selawat.html?m=1




Bacaan Selawat Al Fateh



اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم وَ عَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ


Dalam Rumi:

Allahumma Solli ' Wa Sallim 'Ala Sayyidina Muhammadin ,al Faatihi Limaa Ughliq Wal Khootimi Limaa Sabaqqo ,Naa Shiril Haqqi qi Bil Haqqo Wal Hadi ilaa Shirothi Kal Mustaqim Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Haqqa Qadrihi Wa Miq Da Rihil 'Azhim



Sila rujuk bacaan dalam rumi dengan video/perkataan arab diatas ,supaya bacaan/sebutan/makraj menjadi lebih tepat dan diterima Allah,InsyaAllah.






Maksud: “Ya Allah berikanlah selawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu,penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar kemuliaan padanya dan kedudukan yang amat mulia.”

Selawat ini disusun oleh al-‘Arif al-Kabir Sayyid Muhammad al -Bakri, salah seorang dari keturunan Rasulullah SAW.



Disclaimer/Penafian:

Selawat ini tiada dalam hadis dan al quran,jadi kelebihan sebenar selawat ini boleh jadi lain dari yang dinyatakan,penulisan ditulis hanya berdasarkan pengalaman agamawan terdahulu,penulisan ini juga tidak dapat dipastikan kesahihannya,akan tetapi selagi selawat ini tidak melanggar syarak anda masih boleh mengamalkannya.selidik sumber rujukan pada link diatas untuk maklumat yang lebih terperinci.  



Ringkasan Sejarah.

Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana
mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang maha agung.

Selawat al-Fateh adalah salah satu ciri khas dari Tarekat Tijani. Di antara keistimewaan selawat Fateh ialah lafaznya yang tidak menyimpang dari ayat atau kandungan Al quran, tetapi harus diingat bahawa Selawat al-Fateh bukan sebahagian dari ayat Al quran.


Penafian/Disclaimer:

Syeikh Ahmad Tijani ra. belum pernah memberi suatu pernyataan sedikitpun bahawa Selawat al-Fateh itu sebahagian dari ayat Al-Quran, kitabullah, hadis qudsi atau wahyu kenabian. Cuma dinyatakan konteksnya adalah tidak lari dari kandungan ajaran al-Quran dan Hadis.

Beliau juga belum pernah menyatakan Selawat al-Fateh lebih utama dari Al-Quran atau mengimbanginya. Tidak ada satu kalam pun yang melebihi Al quran, begitulah yang ditegaskan oleh Syeikh Ahmad Tijani.

Selawat kepada Nabi Muhammad SAW ada yang menggunakan wasallam /wasallim dan ada yang tidak menggunakannya.

Ketika Syeikh Ahmad bin Muhammad ditanya; Mengapa Selawat al-Fateh tidak ada wasallim-nya?

Beliau menjawab;
“Haakazaa minal ghaaib” (demikianlah dari al-ghaib).



Cara-cara Mengamalkan Selawat al-Fateh:

Sebagai amalan harian selepas solat lima waktu dan pada hari Jumaat ditingkatkan bilangan
bacaan selawat kepada 300x:
1. Al-Fatihah kepada Rasulullah SAW Baca ( lx)
2. Istighfar (Mohon ampun pada Allah) (100x )
3. Selawat al-Fateh (100/300x )
4. Zikir (100 x)
5. Doa ( l0 x)


Manfaat Kepada Pengamalnya

Selawat Fateh juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulama terdahulu di antaranya;

  • Berkata sebahagian ulama Maghribi, sekali berselawat dengan Selawat Fateh menyamai 10,000 atau 600,000 yang lain.
  • Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
  • Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
  • Sesiapa beristiqamah berselawat Fateh selama 40 hari berturut, dosanya akan diampuni Allah.
  • Kebanyakan orang arif menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari.
  • Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.
  • Selawat ini bermanfaat kepada ahli sufi peringkat Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.

Selawat fateh mempunyai banyak rahsia yang tidak mampu untuk akal kita menjangkaunya. Cukuplah ini sebagai besarnya fadhilah dari Allah Ta’ala buat para hamba-Nya.

Rahsia Selawat Fateh ini baru hanya setitis air yang disebutkan, adapun yang seluas samudera masih menjadi rahsia dan milik Allah SW.



Subscribe for our Newsletter

RE-IMAGINING THE WAY
Back to top