Menu

Selawat Azimiah


Bacaan selawat azimiah /azmiyyah



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِ الله الْعَظِيمِ الَّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِ الله الْعَظِيمِ وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ الله الْعَظِيمِ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ الله الْعَظِيمِ بِقَدْرِ ذَاتِ الله الْعَظِيمِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَد مَا فِي عِلْمِ الله الْعَظِيمِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ الله الْعَظِيمِ تَعْظِيماً لِحَقِّكَ يَا مَوْلاَنَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِراً وَبَاطِناً يَقَظَةً وَمَنَاماً وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوحاً لِذَاتِي مِنْ جَمِيعِ الْوُجُوهِ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ يَا عَظِيمُ .


Sila rujuk bacaan dalam rumi dengan video/tulisan jawi diatas ,supaya bacaan/sebutan/makraj menjadi lebih tepat dan diterima Allah,InsyaAllah.


Dalam rumi:


Allahhuma inni as aluka bi nuuri waj hillah hil 'adzhim,

aladzi mal a arkaana 'arsyillah hill'adzim,

wa qoo mat bihi 'awalimullah hil 'adzim,

antu sol liya 'ala maulanaa muhammadin dzil qodril 'adzim,

wa 'ala ali nabiyyillah hil 'adzim,

biqodri 'azomati dza tillah hil 'adzim,

fii kullilam hatin wanafasin 'adada maa fii 'ilmillah hil'adzim,

solatan daa imatan bidawaa millah hil 'adzim,

t'aziiman lihaqika yaa maulanaa yaa muhammad yaa dzaa khuluqil 'adzim,

wasallim 'alai hi wa 'ala alihi mith la dza lik,

wajm'a baini wabainahu kama jam'a ta baina ruuhi wannafs zhoo hiroon wabaa tinaan ya qo zhotan,

wamanaa maan waj 'al hu yaa rabbi ruu haan

lizhaati min jami'il wujuh

fiddunnyaa qobla akhiroh yaa 'adzhim




Maksud : Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu dengan perantaraan Nur ‘Wajah’ Allah yang Agung, yang memenuhi tiang-tiang penyanggah ‘arasy Allah Yang Maha Agung; yang dengan (perantaraan Nur Allah tersebut) terciptalah seluruh alam semesta Allah Yang Maha Agung. Kiranya Engkau melimpahkan rahmat ta’zhim kepada junjungan kita Nabi Muhammad yang memiliki kedudukan yang agung, dan juga kepada keluarga Nabi Allah yang besar, berkat kedudukan Keagungan Dzat Allah Yang Maha Agung. Selawat yang terus menerus berkat Keabadian Alah Yang Maha Agung, sebagai Pengagungan terhadap Hak-hak-Mu, wahai Tuhan kami. Wahai Muhammad! Wahai Pemilik budi pekerti yang agung! Dan limpahkan salam sejahtera kepada beliau dan keluarganya seperti itu. Kumpulkanlah antara aku dan beliau, sebagaimana Engkau kumpulkan antara ruh dan jiwa, zahir dan batin, bangun dan tidur. Serta jadikanlah beliau, wahai Tuhanku, sebagai roh bagi jasadku dari seluruh segi di dunia sebelum akhirat, Wahai Yang  Maha Agung."



Disclaimer/Penafian:

Selawat ini tiada dalam hadis dan al quran,jadi kelebihan sebenar selawat ini boleh jadi lain dari yang dinyatakan,penulisan ditulis hanya berdasarkan pengalaman agamawan terdahulu,penulisan ini juga tidak dapat dipastikan kesahihanya,akan tetapi selagi selawat ini tidak melanggar syarak anda masih boleh mengamalkannya.selidik sumber rujukan pada link diatas untuk maklumat yang lebih terperinci.  

Sejarah selawat


 Imam Ahmad Bin Idris al-Hasaniy mendapat ajaran Tariqahnya sendiri langsung daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam. Dalam pertemuan suri (secara yaqazah ataupun secara sedar) di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dengan Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam itu, Nabi Allah Khidir 'alaihis salam hadir sama. Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam telah mengarahkan Saiyidina Khidir 'alaihis salam supaya mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu akan ayat-ayat dzikir Tariqah Syaziliyah. Kemudian, Baginda shallAllahu 'alaihi wasallam menyuruh Nabi Khidr 'alaihis salam mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu akan dzikirMaka Nabi Allah Khidir 'alaihis salam mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu lafaz Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir.

Dalam pertemuan itu juga, Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam menerangkan kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu sudut keutamaan dan rahsia-rahsia Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir tadi. Selepas itu Baginda shallAllahu 'alaihi wasallam mentalqinkan dzikir itu kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu tanpa perantaraan. 
Maka lahirlah sebuah tariqah yang agung yang dipimpin dan disebarkan oleh al-Qutb al-Muhaqiqqin Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu ini."


Keistimewaan selawat azmiah


Sayyid Muhammad Alwi al Maliki berkata : "Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali (ada yang mengatakan 70 kali) sebelum waktu subuh, maka ia dapat berguna untuk mimpi bertemu Nabi saw.". (Habib Husin Muhammad Syadad bin Umar, Do'a-do'a bertemu Nabi SAW, hal. 146, Pustaka Hidayah).

Para ulama ahli asrar menyatakan: Siapa saja yang membaca selawat Azmiah 92 kali, maka selawat itu tak ubahnya bagaikan pedang yang tajam sehingga dengan cepat mengabulkan segala hajatnya secepat pedang tajam memutuskan leher binatang sembelihan.

Ada yang mengatakan barangsiapa mengamalkan selawat ‘Azmiah ini dengan istiqomah minimum setiap harinya 1 kali (dibaca 1x habis solat) maka apabila ia mati maka kuburannya akan disinari dengan cahaya/lampu dari syurga dan dilapangkan kuburnya.




Comments

  1. mohon izin saya ambil, amal dan sebarkan ye tuan. terima kasih ya

    ReplyDelete
  2. Assalam .. maaf tauan, dalam ejaan arab tuan tertinggal perkataan 'azomati' pada ayat biqodri 'azomati dza tillah hil 'adzim,

    ReplyDelete

Subscribe for our Newsletter

RE-IMAGINING THE WAY
Back to top